Taxonomi dan penamaan Badak_sumbu

Perkataan "rhinoceros" (ῤινόκερως) diambil dari perkataan Yunani ῥινός rhinos, bererti hidung, dan κέρας keras, bererti tanduk; dengan itu "hidung-tanduk". Perkataan jamak bagi bahasa Inggeris adalah rhinoceros, rhinoceri, rhinoceroses, atau rhinoceroi. Sekumpulan rhinoceros pula dikenali sebagai "crash" (collective noun).

Perbandingan saiz bagi spesis rhinoceros menyeluruh.

Lima spesis yang masih hidup jatuh kepada tiga kategori. Dua spesis Afrika, Badak Sumbu Putih dan Badak Sumbu Hitam, berpisah semasa awal Pliocene (sekitar 5 juta tahun dahulu) tetapi kumpulan Dicerotini yang kedua mereka termasuk kedalamnya berasal pada pertengahan Miocene, sekitar 14.2 juta tahun dahulu. Perbezaan utama antara Badak Sumbu Putih dan Hitam adalah bentuk mulut mereka. Badak Sumbu Putih memiliki bibir leper bagi meragut sementara Badak Sumbu Hitam mempunyai bibir tirus bagi makan dedaunan. Nama Badak Sumbu Putih adalah sebenarnya satu kesalahan, atau lebih tepat lagi herotan bagi perkataan wijd ("lebar" dalam bahasa Afrika), merujuk kepada bibir lebar mereka.

Badak Sumbu Putih dibahagikan kepada sub-spesis Utara dan Selatan. Terdapat dua spesis Rhinocerotini yang masih hidup, Badak Sumbu India yang terancam dan Badak Raya yang amat terancam, yang berpisah antaranya sekitar 10 juta tahun dahulu. Badak Kerbau yang amat terancam merupakan satu-satunya perwakilan yang masih hidup dari kelompok paling primitif, Dicerorhinini, yang muncul pada era Miocene (sekitar 20 juta tahun dahulu).[2] Badak Sumbu Berbulu yang telah pupus dari Eropah utara dan Asia juga merupakan dari puak ini.

Sub-spesifik badak sumbu putih kacukan (Ceratotherium s. simum × C. s. cottoni) merupakan baka dari Dvůr Králové Zoo (Zoological Garden Dvur Kralove nad Labem) di Republik Czech pada tahun 1977. Kacukan antara spesies Badak Sumbu Hitam dan Putih juga telah disahkan.[3]

Kesemua spesis Badak Sumbu memiliki sebanyak 82 kromosom (diploid number, 2N, per cell), kecuali Badak Sumbu Hitam, yang mempunyai 84 kromosom. Ini merupakan jumlah kromosom yang dikenalpasti tertinggi di antara semua mamalia.

Badak Sumbu Putih

Badak Sumbu Putih ini sebenarnya kelabu. Perkataan Putih / White bagi speseis ini datangnya dari perkataan Afrika wyd yang bermaksud lebar. Ia merujuk kepada bibir lebar Badak SUmbu Putih berbanding bibir muncung Badak Sumbu Hitam. Maksud asal kemuriannya hilang dalam terjemahan.Badak Sumbu Putih di Zoo Negara Malaysia.
Rencana utama: Badak Sumbu Putih

Badak Sumbu Putih atau (Ceratotherium simum) selepas gajah, merupakan haiwan darat terbesar yang tinggal di dunia, bersama Badak Sumbu Hitam dan badak air, yang bersaiz hampir sama. Terdapat dua subspesis Badak Sumbu Putih; sehinga 2005, Afrika Selatan memiliki subspecies pertama, Badak Sumbu Putih Selatan (Ceratotherium simum simum). Populasi Badak Sumbu Putih Selatan adalah sekitar 14,500, menjadikannya sub-spesis Badak Sumbu terbanyak di dunia. Bagaimanapun, populasi sub-spesis kedua, amat terancam Badak Sumbu Putih Utara (Ceratotherium simum cottoni), merosot kepada serendah empat individual secara liar, dan menghadapi bahaya kepupusan.[4]

Badak Sumbu Putih mempunyai bahagian badan dan kepala yang besar, tengkuk yang pendek, dada yang luas. Badak Sumbu Putih boleh melebihi 3000 kilogram (6000 paun) mempunyai ukuran kepala dan badan kira-kira 3.35-4.2 meter (11-13.9 kaki) dan ketinggian bahu kira-kira 150-185 sentimeter (60-73 inci). Rekod menunjukkan saiz Badak Sumbu Putih adalah 4500 kilogram (10,000 paun).[5]. Di hujung muncungnya ia mempunyai dua tanduk. Tanduk paling hadapan adalah lebih panjang dari tanduk yang lagi satu dan dianggarkan sepanjang 89.9 sentimeter (23.6 inci) panjang dan ia boleh mencapai 150 sentimeter (59 inci).Badak Sumbu Putih juga dikenalpasti mempunyai bonggol di belakang tengkuknya iaitu untuk menyokong kepalanya yang besar. Warna haiwan ini dalam lingkungan warna coklat kekuningan ke kelabu salak. Badak sumbu putih mempuunyai rambut di sekitar tepi telinga dan ekor merentangi badannya. Badak Sumbu Putih kebiasaannya mempunyai keluasan mulut yang leper yang tersendiri yang boleh membantu mereka untuk ragutan/meragut.

Badak Sumbu Hitam

Badak Sumbu Hitam mempunyai warna yang sama dengan Badak Sumbu Putih.
Rencana utama: Badak Sumbu Hitam

Nama Badak Sumbu Hitam (Diceros bicornis) dipilih untuk membezakan spesis ini dari Badak Sumbu Putih (Ceratotherium simum). Ini boleh mengelirukan kerana kedua-dua spesis ini tidak dapat dibezakan melalui warna. Terdapat empat jenis spesis bagi badak sumbu hitam: Selatan-pusat (Diceros bicornis minor), spesis paling banyak, di mana jarak kedudukan dari selatan pusat Tanzania hingga ke Zambia, Zimbabwe dan Mozambique ke utara dan timur Afrika Selatan; barat daya (Diceros bicornis bicornis) wujud lebih sesuai di kawasan gersang dan separa kering savanna seperti Namibia, selatan Angola, barat Botswana dan barat Afrika Selatan; Afrika Timur (Diceros bicornis michaeli), terutamanya di Tanzania; dan Afrika Barat (Diceros bicornis longipes) yang telah diisytiharkan pupus buat sementara waktu pada tahun 2006.[6]

Badak sumbu hitam dewasa berdiri setinggi 147–160 cm (57.9–63 inci) pada paras bahu dan mencapai 3.3-3.6 m (10.8–11.8 kaki) panjang.[7] Berat dewasa badak sumbu hitam mencapai 800 sehingga 1400 kg (1,760 to 3,080 lb), berat luar biasa sehingga 1820 kg (4,000 lb), di mana betina adalah lebih kecil berbanding jantan. Dua tanduk pada tengkorak dibentuk dari keratin di mana bahagian depan lazimnya 50 cm panjang, luar biasa sehingga 140 cm. Kadang kala satu tanduk yang ketiga boleh terbentuk. Badak sumbu hitam kelihatan lebih kecil berbanding badak sumbu putih, dan mempunyai mulut yang tajam yang digunakan untuk memeggang daun dan ranting semasa makan.

Badak Sumbu India

Badak Sumbu India dan anaknya di Zoo Nürnberger.
Rencana utama: Badak Sumbu India

Badak Sumbu India atau Great One-horned Rhinoceros (Rhinoceros unicornis) terdapat di Nepal dan di Assam, India. Ia juga dikenali sebagai Gaida di kalangan orang Nepal. Sewaktu ketika, Badak Sumbu ini dahulu pernah mendiami kawasan dari Pakistan sehingga ke Burma dan mungkin pernah sampai ke China. Namun begitu pengaruh dari manusia terhadapnya telah menyebabkan populasinya menurun dan sekarang badak sumbu ini hanya wujud di kawan berpopulasi kecil di bahagian selatan India dan Nepal. Ia telah dikelilingi dengan ketinggian padang rumput dan hutan di kaki gunung Himalayas.

Badak Sumbu India mempunyai kulit coklat keperakan yang tebal, di mana telah menyebabkan liaptan yang ketara di seluruh badannya. Di bahagian atas kaki dan bahunya diliputi dengan ketuat- seperti bonggolan, dan ia mempunyai bulu badan yang amat sedikit. Tumbesaran keseluruhan jantan adalah lebih besar dari betina di dalam hutan, dan ia boleh mencapai berat dari 2200-3000 kilogram (4,800–6,600 lb). Badak Sumbu India betina mempunyai berat kira-kira 1600 kilogram. Badak Sumbu India boleh mencapai ketinggian dari 5.7–6.7 kaki dan boleh mencapai 13 kaki (4.0 m) tinggi. Rekod spesimen badak sumbu ini menunjukkan badak sumbu ini dianggarkan 3500 kilogram. Badak Sumbu India mempunyai satu tanduk yang boleh mencapai panjang di antara 20 sentimeter dan 101 sentimeter. Saiznya setanding dengan yang Badak Sumbu Putih di Afrika.

Badak Raya

Rencana utama: Badak Raya

Badak Raya (Rhinoceros sondaicus) adalah di antara salah satu haiwan yang paling sukar dilihat dan merupakan mamalia paling terancam jumlahnya diseluruh dunia.[8] Menurut anggaran 2002, hanya tinggal 60 ekor, di Jawa (Indonesia) dan Vietnam. Dari kesemua spesis badak sumbu, kumpulan ini dikenali sebagai Badak Sumbu Jawa (Javan Rhino). Haiwan-haiwan ini menyukai kawasan tanah pamah, padang rumput yang tinggi, dan reed beds that are plentiful with large floodplains and mud wallows. Walaupun terrdapat meluas di seluruh Asia, dalam tahun 1930 badak sumbu ini telah diburu diIndia, Burma, Semenanjung Malaysia, danSumatra untuk tujuan perubatan daripada tanduk dan darahnya.

Sebagaimana Badak Sumbu India yang lebih besar, Badak Raya hanya memiliki tanduk tunggal. Ia tidak memiliki bulu, kulit kelabunya berlipat pada bahagian bahu, belakang, dan punggung memberikannya rupa seperti berperisai. Tubuh Badak Raya mencecah sehingga 3.1-3.2 m (10-10.5 kaki), termasuk kepalanya dan setinggi 1.5–1.7 m (4.9-5.6kaki). Badak dewasa dilaporkan memiliki berat antara 900–1,400 kg[9] or 1,360-2,000 kg.[10] Tanduk badak jantan mampu mencecah panjang sehingga 26 cm sementara badak betina hanya memiliki bonggol atau langsung tiada.[10]
Tempat terakhir bagi Badak Sumbu India adalah di Taman Negara Kaziranga yang terletak di jajahan Golaghat di Assam.

Badak Kerbau

A Badak Kerbau at the Bronx Zoo.
Rencana utama: Badak Kerbau

Badak Kerbau (Dicerorhinus sumatrensis) adalah spesies rhinoceros terkecil, dan juga yang paling berbulu, yang membenarkannya hidup pada altitud amat tinggi di Borneo dan Sumatera. Akibat kehilangan habitat dan pemburu haram, jumlahnya merosot dan ia merupakan salah satu haiwan mamalia paling jarang ditemui di dunia. Hanya sekitar 275 Badak Kerbau dipercayai masih tinggal.

Biasanya seekor Badak Kerbau dewasa berdiri kira-kira 130 cm (4.3 kaki) tinggi di bahu, panjang badan 240–315 cm (7.9kaki - 10.3 kaki) dan berat sekitar 700 kg (1543 paun), sungguhpun individual terbesar yang diketahui mencecah berat sehingga 1,000 kilogram. Sebagaimana spesies Afrika, ia memiliki dua tanduk, yang terbesar di hadapan (25–79 cm) dan yang lebih kecil di belakang biasanya kurang dari 10 cm panjang. Haiwan jantan memiliki tanduk lebih besar berbanding betina. Rambut boleh berbeza dari amat tebal (rambut paling tebal pada hawian muda) sehingga jarang-jarang. Warna badak sumbu ini adalah merah keperangan. Badannya pendek dan memiliki kaki montok. Ia juga memiliki bibir panjang ("prehensile").

Rujukan

WikiPedia: Badak_sumbu http://196.36.153.129/cms/african-rhino/irie.aspx http://www.savefoundation.org.au/ http://www.yesmag.bc.ca/Questions/rhino.html http://seahorse.fisheries.ubc.ca/pdfs/parryjones_a... http://www.rhinoresourcecenter.com/ http://www.rhinoresourcecenter.com/images/all/adde... http://www.rhinoresourcecenter.com/species/ http://www.sa-venues.com/wildlife/wildlife_rhino.h... http://www.springerlink.com/openurl.asp?genre=arti... http://www.therhinoguide.com/javan-rhinoceros.html